Insolvenvy & Public Trustee's Office
Ministry of Law A Minlaw Agency

Singapore Government
  • IPTO SINGOV  
  • Search
Home > Bagaimana Pengamanah Awan Dapat Membantu Anda-dec

Pengamanah Awam Pentadbiran Pusaka Kecil Bagi Simati

Bagaimana Pengamanah Awan Dapat Membantu Anda

Anda boleh memohon kepada Pengamanah Awam untuk mentadbirkan harta simati sekiranya harta nya bernilai kurang daripada $50,000. Anda tidak perlu memohon Surat Kuasa sekiranya Pengamanah Awam bersetuju mentadbirkannya.

Dalam mentadbir harta simati, Pengamanah Awam akan mendapatkan dan menjual harta simati dan mengagihkan nya kepada ahli waris. Pengamanah Awam akan mengenal pasti ahli waris seperti tersirat di Akta Warisan Tanpa Wasiat (Bab 146) bagi orang bukan Islam dan Akta Pentadbiran Orang-orang Islam (Bab 3) bagi orang Muslim. Jika ahli waris berada di bawah umur maka Pengamanah Awam akan simpan bahagian ahli waris tersebut sebagai amanah sehingga beliau mencapai usia 21 tahun. Sementara itu, penjaga waris boleh memohon kepada Pengamanah Awam untuk mendapatkan nafkah bulanan bagi penjagaan waris yang di bawah umur.

Harta yang boleh ditadbirkan oleh Pengamanah Awam adalah:

  • Wang simpanan simati dalam bank ataupun lain institusi kewangan di Singapura
  • Saham-saham simati yang tersenarai dalam Bursa Saham Singapura (Saham-Saham boleh dijual ataupun dipindah hak miliknya kepada salah seorang ahli waris / pemohon)
  • Kenderaan simati, kecuali teksi. (Kenderaan itu mesti dipindah hak milik kepada salah seorang ahli waris/pemohon)
  • Wang gaji simati yang belum di lunaskan oleh majikan
  • Wang gantirugi yang harus diserahkan kepada simati


 

Siapa Yang Boleh Memohon Kepada Pengamanah Awan

Sesiapa yang berusia lebih daripada 21 tahun boleh memohon. Rakan atau saudara-mara boleh memohon bagi pihak ahli waris.
 

Yuran Statutori Yang Dikenakan

Yuran statutori yang dikenakan oleh Pengamanah Awam adalah seperti berikut:

Bagi $5,000 pertama jumlah pusaka yang di tabdbir 6.50%
Bagi $2,000 berikutnya 6.00%
Bagi $3,000 berikutnya 4.25%
Bagi $10,000 berikutnya 2.75%
Bagi $30,000 berikutnya 2.25%


Yuran-yuran tersebut tidak boleh dikecualikan. Bayaran $12 akan dikenakan.
 

Cara Memohon Kepada Pengamanah Awan Untuk Mentadbir

Anda di kehendaki mengisi borang permohonan secara ”online” di www.iptoonline.gov.sg dan kembarkan satu salinan dokumen yang tersenarai di borang permohanan secara ”online”, pos atau difak ke talian 62242858.

Jika simati adalah seorang Muslim, maka anda di kehendaki menyerahkan Sijil Warisan kepada Pengamanah Awam. Sijil Warisan boleh didapati daripada Mahkamah Syariah yang terletak di www.syariahcourt.gov.sg

Maklumat dan dokumen-dokumen yang diperlukan adalah untuk tujuan mengenal pasti ahli waris simati.

Borang permohonan yang tidak di isi dengan lengkap serta kegagalan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan akan melambatkan proses pengagihan pusaka simati kepada ahli waris.

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN KEPADA PENGAMANAH AWAM MESTI TEPAT

ADALAH MENJADI KESALAHAN MEMBERI MAKLUMAT PALSU KEPADA SEORANG PEGAWAI PEMERINTAH.

Pengamanah Awam tidak akan mentabdbir pusaka simati sekiranya terdapat maklumat-maklumat yang tidak tepat atau palsu.
 

Situasi Di Mana Pengamanah Awan Tidak Dapat Membantu

Situasi-situasi dimana Pengamanah Awam tidak dapat mambantu adalah jika:

  • Harta simati melebihi nilai $50,000
  • Terdapat tuntutan – tuntutan yang berbeza terhadap harta tersebut ataupun perbalahan diantara ahli waris.
  • Terdapat hutang piutang pada harta simati
  • Simati mempunyai saham ataupun lain-lain kepentingan didalam syarikat yang tidak disenaraikan (luar ataupun dalam negeri)
  • Simati merupakan pemilik tunggal flat HDB dan terdapat kepentingan ahli waris dibawah umur
  • Terdapat kes-kes guaman yang belum selesai yang melibatkan simati

Jika Pengamanah Awam tidak dapat mentadbirkan harta simati, anda boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan Surat Kuasa (iaitu bagi melantik Pentadbir) untuk mentadbir pusaka simati. Jika anda layak untuk mendapatkan khidmat guaman percuma, anda boleh memohon kepada Biro Bantuan Guaman (Legal Aid Bureau) di The URA Centre, East Wing, 45 Maxwell Road, #08-12, Singapura 069118 untuk membantu anda memohon Surat Kuasa . Jika tidak, anda boleh mendapatkan khidmat seorang peguam persendirian.

LELAMAN NET:www.ipto.gov.sg
PERKHIDMATAN ONLINE:www.iptoonline.gov.sg

Print  Mail
More Info

已故人士的小型遗产管理


View Map Email:
ipto_enquiry@ipto.
gov.sg

Feedback on service quality Telephone:
24 hours automated answering service for information on our services.

(65) 63251500

View Map Address:
Insolvency & Public Trustee's Office
The URA Centre
East Wing
45 Maxwell Road, #06-11 Singapore 069118

See Map