Insolvenvy & Public Trustee's Office
Ministry of Law A Minlaw Agency

Singapore Government
  • IPTO SINGOV  
  • Search
Home > IPTO Services > Public Trustee > Pengagihan Harta Simati

Pengagihan Harta Simati

BAGI KAUM MUSLIM
Jika simati ialah seorang Muslim, Seksyen 112 Akta Pentadbiran Undang Undang Islam (Bab 3) memperuntukkan bahawa hartanya akan di agihkan menurut mazhab yang diamali oleh simati.

Pemohon perlu mendapatkan Sijil Warisan dari Mahkamah Syariah di www.syariahcourt.gov.sg. Mahkamah Syariah akan menetapkan ahli waris simati serta bahagian yang mereka berhak menerima dalam Sijil Warisan tersebut.

Pengamanah Awam akan mengagihkan harta simati kepada ahli waris menurut penetapan dalam Sijil Warisan yang telah diperolehi dari Mahkamah Syariah oleh pemohon.

BAGI YANG BUKAN MUSLIM
Sekiranya simati bukan Muslim, Pengamanah Awam akan mengagihkan harta simati menurut Akta Warisan Tanpa Wasiat (Bab146).


Peraturan-Peraturan Bagi Pembahagian Pusaka Simati Di Bawah Akta Warisan Tanpa Wasiat (Bab 146).

Sekysen 7 memperuntukkan peraturan-peraturan untuk pembahagian seperti berikut:

SIMATI MENINGGALKAN WARIS TANPA WASIAT: PEMBAHAGIAN
Balu / Duda *
Tiada Anak Anak *
Tiada Ibu Bapa
Seluruh harta kepada balu/duda nya
Balu / Duda
Anak Anak
½ bahagian harta kepada balu/duda nya

½ bahagian harta di bagi sama rata kepada anak2 yang hidup

Ibu Bapa tiada hak
Balu / Duda
Ibu Bapa

Tiada Anak Anak
½ bahagian harta kepada balu/duda nya

½ bahagian harta dibagi sama rata kepada ibu bapa yang hidup
Ibu Bapa
Tiada Balu / Duda
Seluruh harta kepada ibu bapa yang hidup di bagi sama rata
Adik Beradik* dan Anak
Anak Mereka

Tiada Balu / Duda
Tiada Anak Anak
Tiada Ibu Bapa
Seluruh harta kepada adik beradik simati dan yang telah meninggal dunia bahagian nya akan turun kepada anak anak mereka
Datuk Nenek
Tiada Balu / Duda
Tiada Anak Anak
Tiada Ibu Bapa
Tiada Adik Beradik dan Anak Anak Mereka
Seluruh harta dibagi sama rata kepada datuk nenek yang hidup
Bapa Ibu Saudara
Tiada Balu / Duda
Tiada Anak Anak
Tiada Ibu Bapa
Tiada Adik Beradik dan
Anak Anak Mereka
Tiada Datuk Nenek
Seluruh harta dibagi sama rata kepada bapa dan ibu saudara yang hidup

* Balu / Duda bermakna isteri atau suami
* Adik Beradik bermakna Abang / Adik lelaki dan Kakak / Adik perempuan
* Anak Anak bermakna Anak (yang sah atau diangkat dengan Perintah Mahkamah menurut Akta Anak Angkat (Bab 4) dan keturunan dari anak yang telah meninggal dunia.

Lelaman: www.ipto.gov.sg
Perkhidmatan Online :www.iptoonline.gov.sg
Print  Mail
More Info
已故人士的遗产分配
View Map Email:
ipto_enquiry@ipto.
gov.sg

Feedback on service quality Telephone:
24 hours automated answering service for information on our services.

(65) 63251500

View Map Address:
Insolvency & Public Trustee's Office
The URA Centre
East Wing
45 Maxwell Road, #06-11 Singapore 069118

Counter Opening Hours:
Monday to Friday: 8.30am
to 5.30pm
(Closed for lunch from
1:00pm to 2:00pm) Saturday: 8.30am to
12.30pm

Cashier Operating
Hours:
Monday to Friday: 10.30
am to 12.30pm


See Map