Insolvenvy & Public Trustee's Office
Ministry of Law A Minlaw Agency

Singapore Government
  • IPTO SINGOV  
  • Search
Home > IPTO Services > Public Trustee > Pentadbiran Bahagian Pusaka Yang Disimpan Sebagai Amanah Oleh Pengamanah Awam Bagi Waris Yang Dibawah Umur

Pentadbiran Bahagian Pusaka Yang Disimpan Sebagai Amanah Oleh Pengamanah Awam Bagi Waris Yang Dibawah Umur


 

Bahagian Pusaka Yang Disimpan Sebagai Amanah

Pengamanah Awam menyimpan bahagian harta simati bagi waris yang dibawah umur sebagai amanah :
 

  • Mengikut Seksyen 25 Akta Dana Wang Simpanan Pekerja CPF (Bab 36):
    • Jika orang yang dicalonkan oleh simati itu berusia dibawah 18 tahun maka wang CPF simati akan dibayar kepada Pengamanah Awam untuk di simpan sebagai amanah sehingga ahli waris itu mencapai usia 18 tahun.
    • Jika simati tidak mencalonkan sesiapa untuk mendapatkan wang CPFnya atau pencalonan yang dibuat oleh simati di pastikan oleh Lembaga CPF sebagai tidak sah atau batal maka wang CPF simati untuk waris/calon dibawah usia 21 tahun akan disimpan oleh Pengamanah Awam sebagai amanah sehingga beliau mencapai usia 21 tahun.
  • Apabila Pengamanah Awam mentadbirkan harta simati di bawah Akta Pengamanah Awam (Bab 260) atau Akta Probet dan Pembahagian Harta (Bab 251) serta terdapat ahli waris yang berusia dibawah 21 tahun, maka Pengamanah Awam akan menyimpan bahagian waris tersebut sebagai amanah sehingga beliau mencapai usia 21 tahun.
  • Menurut Seksyen 6 dan 9 Akta Kenderaan Bermotor (Risiko Parti Ketiga & Gantirugi) (Bab 189), apabila yang tercedera berusia dibawah 21 tahun, Pengamanah Awam akan menyimpan wang pampasan nya sebagai amanah sehingga beliau mencapai usia 21 tahun, kecuali terdapat Perintah Mahkamah yang melantik ibu/bapa atau penjaga sah untuk memegang pampasan tersebut sebagai amanah untuk beliau.


 

Tanggungjawab Menjaga Waris Yang Dibawah Umur


Menurut Seksyen 68 dan 70 Akta Wanita, adalah menjadi tugas dan tanggung-jawab ibu-bapa atau penjaga yang sah waris yang dibawah umur untuk menjaga dan menyumbang wang penyaraan bagi mereka yang tidak dapat menyara dirinya sendiri.

Sekiranya ibu/bapa atau penjaga yang sah si waris itu menghadapi masaalah kewangan untuk menyara waris yang di bawah umur, maka ibu/bapa atau penjaga yang sah boleh membuat permohonan kepada Pangamanah Awam untuk mendapatkan nafkah bulanan dan perbelanjaan persekolahan waris tersebut.

Pengamanah Awam, semasa menentukan jumlah nafkah untuk waris dibawah umur itu akan mengambil kira:
 

  • wang pendapatan, harta-benda dan lain-lain hasil sumber kewangan ibu/bapa atau penjaga yang sah;
  • keperluan kewangan, tanggungan dan tanggung-jawab ibu/bapa atau penjaga yang sah;
  • keperluan kewangan dan usia siwaris yang dibawah umur; dan
  • cara dimana waris yang dibawah umur itu sedang dan dijangka akan belajar atau dilatih.


 

Bagaimana Cara Untuk Memohon Nafkah


Anda di kehendaki mengisi borang secara online di www.iptoonline.gov.sg dan kembarkan satu salinan dokumen yang tersenarai di borang permohanan kepada Pengamanah Awam secara ”online”, pos atau difak ke talian 62242858.


 

Pembayaran Nafkah


Ibu/bapa atau penjaga yang sah bagi waris dibawah umur dikehendaki untuk membuka satu Akaun Simpanan bersama waris tersebut agar pembayaran nafkah boleh disalurkan kedalam akaun itu melalui GIRO sebanyank empat kali setahun, iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober.


 

Yuran Statutori Yang Dikenakan Oleh Pengamanah Awam


Yuran statutori yang dikenakan oleh Pengamanah Awam keatas pendapatan dari pelaburan bahagian pusaka yang disimpan sebagai amanah ialah seperti berikut:

 

Bagi $1,000 yang pertama 5.50%
Bagi $1,000 yang berikutnya 4.50%
Bagi $1,000 yang berikutnya 3.50%
Bagi jumlah-jumlah yang berikutnya 2.25%


Yuran-yuran tersebut tidak boleh dikecualikan.

LELAMAN NET: www.ipto.gov.sg
PERKHIDMATAN ONLINE: www.iptoonline.gov.sg

Print  Mail
More Info
承办未成年受益人交托予公共信托局的款项
View Map Email:
ipto_enquiry@ipto.
gov.sg

Feedback on service quality Telephone:
24 hours automated answering service for information on our services.

(65) 63251500

View Map Address:
Insolvency & Public Trustee's Office
The URA Centre
East Wing
45 Maxwell Road, #06-11 Singapore 069118

Counter Opening Hours:
Monday to Friday: 8.30am
to 5.30pm
(Closed for lunch from
1:00pm to 2:00pm) Saturday: 8.30am to
12.30pm

Cashier Operating
Hours:
Monday to Friday: 10.30
am to 12.30pm


See Map