Insolvenvy & Public Trustee's Office
Ministry of Law A Minlaw Agency

Singapore Government
  • IPTO SINGOV  
  • Search
Home > Pejabat Pendaftaran Wasiat - WR Malay

Pejabat Pendaftaran Wasiat

Pengamanah Awam mengendalikan sebuah Pejabat Pendaftaran Wasiat berahsia yang berperanan sebagai pusat maklumat utama untuk semua dokumen wasiat yang telah dibuat dan dimaklumkan kepada Pengamanah Awam.


Kemanfaatan Adanya Pejabat Pendaftran Wasiat

Dalam pentadbiran harta simati, wasi atau pentadbir (orang yang telah dilantik untuk mentadbir harta simati) perlu memastikan sama ada simati telah menulis wasiat. Selalunya, saudara mara atau para waris percaya bahawa simati telah menulis wasiat tetapi mereka tiada salinan wasiat tersebut atau apa-apa maklumat dimana peguamnya boleh menyusul keberadaan wasiat tersebut.

Maklumat yang ada di Pejabat Pendaftaran Wasiat sangat berguna bagi golongan berikut:

  • Pembuat wasiat dan/ atau peguamnya yang ingin membuat wasiat selanjutnya;
  • Ahli keluarga atau pewaris simati dan/atau peguamcara yang mewakili harta simati untuk membantu mereka dalan pentadbiran harta simati; atau
  • Ahli keluarga atau pewaris dan/ atau peguamcara yang mahu memastikan samada simati telah meninggalkan wasiat untuk menguruskan pengagihan harta tersebut.

Maklumat Yang Tersedia Dipejabat Pendaftaran Wasiat

Pemohon yang layak boleh mendapat maklumat berikut dari Pejabat Pendaftaran Wasiat.
  • Butir-butir perihal pembuat wasiat
  • Tarikh Wasiat atau Wasiat Pindaan (Dokumen tambahan yang meminda wasiat tersebut)
  • Butir-butir perihal peguamcara yang telah membantu menulis Wasiat
  • Butir-butir perihal penyimpan dokumen Wasiat
  • Butir-butir perihal Pemberi Maklumat

Cara Mendapatkan Maklumat Tentang Sesuatu Wasiat

Gulungan mereka yang tersenarai di bawah ini sahaja yang layak untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu Wasiat dengan memohon kepada Pejabat Pendaftaran Wasiat menggunakan Borang 6.
  • Pembuat Wasiat sendiri dengan membuktikan butir butir peribadinya.
  • Peguamcara yang membantu pembuat wasiat menulis pindaan kepada wasiatnya.
  • Peguamcara yang mewakili pentadbiran harta simati yang terbukti dengan menyertakan sijil kematian simati.
  • Ahli keluarga atau waris simati yang terbukti dengan menyertakan sijil kematian simati dan dokumen-dokumen yang mengesahkan pertalian kekeluargaan.

Maklumat Yang Perlu Diberikan Kepada Pejabat Pendaftaran Wasiat

Pengamanah Awam mengundang para pembuat wasiat dan peguamcara mereka memberikan maklumat tentang wasiat mereka kepada Pejabat Pendaftaran Wasiat dengan menggunakan Borang 5 setelah dipenuhi dengan butir butir berikut:
  • Butir-butir perihal Pembuat Wasiat
  • Tarikh Wasiat dan Wasiat Pindaan (dokumen tambahan yang meminda wasiat tersebut)
  • Butir-butir perihal peguamcara yang telah membantu menulis Wasiat
  • Butir-butir perihal penyimpan dokumen Wasiat.
  • Butir-butir perihal Pemberi Maklumat
Borang 5 yang telah diisi hendaklah dihantar melalui pos atau langsung kepada Pejabat Pendaftaran Wasiat. Peguamcara boleh memberikan maklumat tersebut bagi pihak pembuat wasiat. Sekiranya pemberi maklumat bukan seorang peguamcara, satu salinan Kad Pengenalannya hendaklah disertakan bersama dengan Borang 5.


Bagaimana Mendapatkan Borang 5 Dan 6

Borang 5 dan 6 boleh didapatkan dari

Lelaman Pejabat Pengamanah Awam di internet www.ipto.gov.sg


Maklumat Dirahsiakan

Maklumat tentang Wasiat yang disimpan di Pejabat Pendaftaran Wasiat adalah rahsia. Oleh sebab itu, maklumat-maklumat tersebut hanya boleh diserahkan kepada peguamcara yang mewakili pembuat wasiat atau harta simati dan mereka yang berkelayakan sahaja


Tiada Dokumen Wasiat Yang Perlu Diberikan

Pengamanah Awam tidak menerima dokumen wasiat untuk disimpan di Pejabat Pendaftaran Wasiat. Dokumen Wasiat mesti disimpan oleh pembuat wasiat sendiri atau wakilnya.


Yuran dan Bayaran

  • Memberi maklumat kepada Pejabat Pendaftaran Wasiat - Percuma
  • Bayaran permohonan maklumat - S$10.00
Lelaman WEB::www.ipto.gov.sg
Print  Mail
More Info
遗嘱注册局
View Map Email:
ipto_enquiry@ipto.
gov.sg

Feedback on service quality Telephone:
24 hours automated answering service for information on our services.

(65) 63251500

View Map Address:
Insolvency & Public Trustee's Office
The URA Centre
East Wing
45 Maxwell Road, #06-11 Singapore 069118

Counter Opening Hours:
Monday to Friday: 8.30am
to 5.30pm
(Closed for lunch from
1:00pm to 2:00pm) Saturday: 8.30am to
12.30pm

Cashier Operating
Hours:
Monday to Friday: 10.30
am to 12.30pm


See Map