Pentadbiran Wang CPF Simati Oleh Pengamanah Awam
Pengenalan
Pengamanah Awam mentadbir wang CPF kepunyaan ahli CPF yang meninggal dunia.
Jika pihak Lembaga CPF memutuskan bahawa simati tidak membuat pencalonan yang sah semasa hayatnya, ataupun orang yang dilantiknya (selain daripada balu beliau) berusia kurang daripada 18 tahun, maka Lembaga CPF akan menyalurkan wang CPF simati kepada Pengamanah Awam untuk diagihkan menurut Seksen 25 Akta Dana Wang Simpanan Pekerja (CPF) (Bab 36).
Situasi di-mana simati tidak mempunyai pencalonan yang sah:
- bila simati tidak mencalonkan sesiapa untuk menerima wang CPFnya, atau
- pencalonan yang dibuat di anggap tidak sah atau batal
Permohonan Kepada Pengamanah Awam
Setelah menerima wang CPF simati, Pengamanah Awam akan berhubung dengan ahli waris simati untuk membuat permohonan secara ”online” di www.iptoonline.gov.sg dan kembarkan satu salinan dokumen yang tersenarai di borang permohanan secara ”online”, pos atau difak ke talian 62242858.
Jika si mati adalah seorang Muslim, maka anda di kehendaki menyerahkan Sijil Warisan kepada Pengamanah Awam. Sijil Warisan ini boleh didapati daripada Mahkamah Syariah yang terletak di www.syariahcourt.gov.sg
Maklumat dan dokumen-dokumen tersebut diperlukan untuk mengenal pasti waris-waris simati.
Borang permohonan yang tidak di isi dengan lengkap serta kegagalan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan akan melambatkan proses pembahagian pusaka simati kepada ahli waris.
Pengagihan Oleh Pengamanah Awam
Sekiranya simati bukan Muslim, maka wang CPFnya akan diagihkan mengikut Akta Warisan Tanpa Wasiat (Bab 146).
Jika simati seorang Muslim, maka wang CPFnya akan diagihkan mengikut Amla (Akta Pentadbiran Undang-undang Orang Islam (Bab 3).
Bagi simati yang tidak membuat pencalonan dan ahli waris nya berusia dibawah usia 21 tahun maka Pengamanah Awam akan menyimpan bahagian waris tersebut sebagai amanah sehingga beliau mencapai usia 21 tahun.
Sekiranya calon yang dilantik oleh simati bagi wang CPF nya berusia dibawah 18 tahun, maka Pengamanah Awam akan menyimpan bahagian tersebut sebagai amanah sehingga beliau mencapai usia 18 tahun.
Permohonan Untuk Nafkah
Apabila Pengamanah Awam menyimpan bahagian untuk waris/calon yang dibawah umur sebagai amanah, ibu/bapa atau penjaga yang sah boleh membuat permohonan kepada Pengamanah Awam untuk mendapatkan nafkah bulanan dan perbelanjaan persekolahan bagi waris/calon tersebut.
Anda dikehendaki membuat permohonan secara ”online” di www.iptoonline.gov.sg dan kembarkan satu salinan dokumen yang tersenarai di borang permohan secara ”online”, pos atau difak ke talian 62242858.
Yuran Statutori Yang Dikenakan
Yuran statutori yang dikenakan oleh Pengamanah Awam bagi pentadbiran wang CPF adalah seperti berikut:
Yuran-yuran tersebut tidak boleh dikecualikan. Bayaran $12 akan dikenakan.
LELAMAN NET:www.ipto.gov.sg
PERKHIDMATAN ONLINE:www.iptoonline.gov.sg